Analisis dan
Perbincangan : Kesalahan Tatabahasa
Petikan yang telah saya pilih adalah bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Sosial” yang ditulis oleh Nazli Azman dari
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan petikan tersebut dimuat naik ke laman sosial
pada tahun 2011. Petikan yang dipilih tersebut telah saya analisis dari dua aspek,
iaitu morfologi dan sintaksis. Sehubungan itu, terdapat beberapa kesalahan
bahasa yang telah dikesan dan dibincangkan seperti berikut.
1.
Kesalahan dari segi
Ejaan
Dalam petikan ini, terdapat empat perkataan yang mempunyai
kesalahan dari segi ejaan. Kesalahan dari segi ejaan menyebabkan
perkataan-perkataan yang dieja tidak membawa sebarang makna. Hal ini berlaku
kemungkinan sikap kecuaian semasa penulis dalam menaip perkataan atau sebab
lain. Perkataan-perkataan yang mempunyai kesalahan dari segi ejaan seperti :
|
Kesalahan Ejaan dari Petikan
|
Ejaan yang dibetulkan
|
|
Ibu bapa hendaklah
sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai
masalah tersebut.
|
Ibu bapa hendaklah
sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi
masalah tersebut.
|
|
Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk
memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang
dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak
dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
|
Malah didahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk
memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang
dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak
dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
|
|
Kesilapan di dalam
memilih kelompok rakan setara samada
bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng
dan sebagainya.
|
Kesilapan di dalam
memilih kelompok rakan setara sama ada
bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng
dan sebagainya.
|
|
Pihak sekolah juga perlu
memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti
ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang.
|
Pihak sekolah juga perlu
memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti
ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwenang.
|
2.
Kesalahan dari segi
Kata Majmuk
Kata majmuk merujuk kepada dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan
menjadi satu maksud. Berdasarkan petikan, terdapat kata majmuk yang bukan
digolongkan sebagai bentuk kata majmuk yang mantap. Justeru, bentuk kata majmuk
tersebut hendaklah ditulis secara berasingan. Kesalahan-kesalahan kata majmuk yang
dikesan dari petikan adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Kata Majmuk dari Petikan
|
Kata Majmuk yang dibetulkan
|
|
beliau menyatakan bahawa
akibat dari kesibukan ibubapa mengejar
kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga hanya
dipandang sepi dan remeh.
|
beliau menyatakan bahawa
akibat dari kesibukan ibu bapa mengejar
kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga hanya
dipandang sepi dan remeh.
|
3.
Kesalahan dari segi
Penggunaan Imbuhan
Berdasarkan petikan, terdapat beberapa kesalahan imbuhan yang berlaku
pada pembentukan perkataan. Kesalahan penggunaan imbuhan menyebabkan perkataan
tersebut kurang tepat dalam menyampaikan makna dalam ayat. Kedua-dua ayat yang
mempunyai kesalahan dari segi penggunaan imbuhan adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Imbuhan
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi.
|
Globalisasi bergerak seiring dengan modenisasi.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Akhiran –an ialah
imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar. Akhiran dalam bahasa
Melayu hanya wujud pada kata nama dan kata kerja. Sehubungan itu, perkataan “seiring”
bukan digolongan sebagai kata nama atau kata kerja. Justeru, perkataan “seiring”
tidak boleh ditambah dengan akhiran –an.
|
|
4.
Kesalahan dari segi
Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Berdasarkan
petikan, terdapat beberapa kesalahan dari segi penggunaan kata sendi nama dalam
pembinaan ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan maksud yang disampaikan adalah
kurang sesuai dari segi struktur ayat. Kesalahan dari segi kata sendi nama
adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Kata Sendi Nama
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Ia merupakan agen
sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam
menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat.
|
Ia merupakan agen
sosialisasi dan memainkan peranan penting dalam
menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat.
|
|
Beliau menyatakan bahawa
rakan merupakan antara agen sosial yang berpengaruh di
dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya.
|
beliau menyatakan bahawa
rakan merupakan antara agen sosial yang berpengaruh dalam
membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata sendi nama “di” digunakan
khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi
nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang
mengikutinya. Berdasarkan ayat di atas, perkataan yang mengikuti kata sendi
nama “di” bukan merujuk kata nama yang menunjukkan tempat. Oleh itu, kata
sendi nama “di” dalam ayat di atas hendaklah digugurkan.
|
|
|
Kesalahan Kata Sendi Nama
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Untuk mengelakkan
keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat
dari perbuatan devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan
untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil.
|
Untuk mengelakkan
keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat perbuatan
devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk mengurangkan
masalah gejala sosial harus diambil.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata sendi nama “dari” digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala
perkataan “akibat” dalam ayat di atas telah membawa maksud hasil atau
keputusan daripada sesuatu peristiwa (perbuatan). Justeru, kata sendi nama “dari”
dalam ayat di atas haruslah digugurkan.
|
|
5.
Kesalahan dari segi
Kata Nafi
Kata nafi yang hanya hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi unsur
nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, krasa adjektif, dan
frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Berdasarkan
petikan, terdapat satu kesalahan dari segi penggunaan kata nafi dalam pembinaan
ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan maksud yang disampaikan adalah kurang
sesuai dari segi struktur ayat. Kesalahan dari segi kata nafi adalah seperti
berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Kata Nafi
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Globalisasi tidak saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi ia
merentasi ke arah budaya dan pemikiran.
|
Globalisasi bukan saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi ia
merentasi ke arah budaya dan pemikiran.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata nafi “bukan” hadir
sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut
mendukung maksud pertentangan maklumat. Sehubungan itu, perkataan “tetapi” yang
hadir dalam ayat sebagai kata kata hubung dan secara langsung membawa maksud
pertentangan kepada seluruh ayat. Justeru, kata nafi “tidak” yang digunakan
dalam ayat di atas haruslah ditukar kepada “bukan.
|
|
6.
Kesalahan dari segi
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau
kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau
frasa adjektif. Berdasarkan petikan, terdapat satu kesalahan dari segi
penggunaan kata penguat dan kata sendi nama yang digunakan secara serentak dalam
pembinaan ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan maksud yang disampaikan adalah
kurang tepat dari segi struktur ayat. Kesalahan dari segi kata penguat adalah
seperti berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Kata Penguat
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
……mengatakan bahawa antara punca paling utama
yang menyumbang kepada masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari
keluarga.
|
a) ……mengatakan bahawa antara punca yang
menyumbang kepada masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga.
ATAU
a) ……mengatakan bahawa punca paling utama yang
menyumbang kepada masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti
frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung
dalam kata atau frasa adjektif. Manakala
kata sendi nama “antara” membawa maksud “mencelah
dengan sesuatu yang lain”. Daripada makna yang diberi oleh “paling” dan “antara”,
jelas menunjukkan pertentangan maksud yang dibawa kepada pembinaan ayat. Justeru, kedua-dua kata
ini tidak dapat hadir serentak dalam satu ayat.
|
|
7.
Kesalahan dari segi
Kata Ganda
Kata ganda merupakan kata dasar yang mengalami proses pengulangan dalam
dua cara, iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan yang melibatkan
sebahagian kata dasar sahaja. Berdasarkan petikan, terdapat satu kesalahan dari
segi penggunaan kata ganda dalam pembinaan ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan
pembinaan struktur ayat yang kurang tepat. Kesalahan dari segi kata ganda dalam
struktur ayat adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Kata Ganda dalam
struktur ayat dari petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Begitu
juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
|
Begitu
juga dengan perubahan teknik-teknik pengajaran
seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Maksud ayat di atas yang
ingin disampaikan dan ditegaskan adalah teknik pengajaran yang mengalami
perubahan. Selain itu, pengulangan kata dasar berlaku hanya sekali dalam satu
ayat. Justeru, kata ganda “perubahan-perubahan” digunakan dalam ayat di atas
tidak harus mengalami proses pengulangan.
|
|
8.
Kesalahan dari segi
Kata Pinjaman
Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain, penyesuaian ejaan dalam bahasa
Melayu dilakukan dengan mematuhi peraturan-peraturan khas seperti yang
ditentukan. Berdasarkan petikan,
terdapat satu kesalahan dari segi ejaan kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Kesalahan
tersebut menyebabkan struktur ayat yang tidak menepati ejaan perkataan bahasa
Melayu. Kesalahan dari segi kata pinjaman adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Ejaan Kata Pinjaman dari petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
|
Ibu
bapa hendaklah menjadi rol model kepada anak.
|
Konklusinya, melalui analisis yang dilaksanakan pada petikan “Cara
Mengatasi Masalah Sosial”, terdapat lapan jenis kesalahan yang telah dikesan. Penemuan
kesalahan-kesalahan tersebut adalah penting dan harus dibetulkan kerana
daripada itu dapat menyampaikan maksud yang tepat serta dapat memberi kefahaman
yang tidak mengelirukan kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment